Panduan Pembelian Domin dan Hosting
Panduan Pembelian Domain dan Hosting
“Membeli domain dan hosting cara mudah + diskaun”
Hanya RM64.00 sahaja untuk tahun pertama!
Panduan untuk membeli NAMA DOMAIN bersama dengan HOSTING di NetKL.com. Biasanya akaun domain dan hosting anda akan didaftarkan dalam beberapa minit sahaja!.Untuk itu, saya amat menggalakkan anda membeli daripada mereka jika anda mahukan support yang memuaskan. Ikuti langkah mudah berikut untuk membeli domain + hosting di NetKL.com.
Sebelum anda bermula, pastikan anda mempunyai modal (wang) sebanyak RM64.00 untuk membuat pembelian nama domain dan Hosting.
Sila ke laman web NetKL dahulu dan kemudian ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan di laman web Panduan Pembelian ini:
KLIK DI SINI UNTUK KE
WEB JUALAN DOMAIN DAN HOSTING NETKL.COM
Langkah 1: Pilih Pakej Hosting
Setelah anda memasuki laman web NetKL.com, scroll browser web anda ke bawah sedikit dan perhatikan pada paparan SHARED HOSTING BASIC.
Sebagai permulaan, saya galakkan anda membeli Hosting Pakej Basic dahulu. Ia sudah memadai untuk permulaan.
Kos untuk Pakej Basic adalah sebanyak RM60.00 setahun dan anda akan diberikan satu domain name percuma untuk satu tahun.
Langkah 2: Menentukan Nama Domain
Klik pada menu SIGN UP
Masukkan nama domain yang anda mahu beli. Pastikan nama domain tersebut belum ada orang lain yang membelinya. Untuk mengetahui nama domain itu masih available (tidak dipunyai oleh orang lain), masukkan sahaja nama domain yang anda mahu.
Jika nama domain itu masih ada, bermakna anda boleh membelinya. Jika ia sudah dibeli oleh orang lain, bermakna anda perlu menggunakan nama yang lain.
Nota: Saya galakkan anda membeli domain name dengan ‘extension’ .com:
Lakukan langkah yang berikut untuk meneruskan proses pembelian…
Langkah 3: Memilih Jenis Billing Cycle, Tambah Product Addons dan Cara Pembayaran
3.1 Memilih Jenis Billing Cycle
Di bahagian Billing Cycle, pilih RM60.00 MYR Annually (Free Domain):
3.2 Tambah Product Addons - Kuota Database
Jika anda perhatikan di keterangan Pakej Hosting Basic di laman web NetKL, hanya 1 database sahaja boleh dibina untuk Pakej Basic:
Ia amat terhad kepada anda jika anda mahu membina lebih daripada satu blog di Hosting yang sama. Untuk itu, kita perlu tambah kuota database dengan membuat pembelian 2 kuota database lagi. Ini bermakna, anda boleh membina tiga database di hosting anda nanti (1+2=3). Anda akan faham mengenai hal ini kelak setelah anda belajar memasang blog.
Ikuti cara berikut untuk membuat pembelian tambahan 2 kuota database dengan harga RM10 setahun.
Masih lagi pada page pesanan belian domain dan hosting, perhatikan pada bahagian berikut:
Pilih (tick) Option Mysql DB - Add 2 Mysql DB for RM10/year (RM10.00 Annually) :
*Tambahan dua kuota database hanya cadangan saya terutama bagi anda yang mempunyai modal terhad. Anda boleh memilih 5 kuota jika ada modal lebih. Apapun, spesifikasi sebegini boleh ditambah pada suatu masa kelak apabila anda memerlukannya. Maksudnya, anda boleh beli bila-bila masa.
3.3 Cara Pembayaran
Pilih cara pembayaran yang mahu anda gunakan untuk membuat bayaran nanti. Ada dua pilihan iaitu Bank Transfer atau PayPal (kad kredit):
Saya yakin, tidak semua mempunyai kad kredit, kad debit atau akaun PayPal, tetapi ramai yang menggunakan Online Banking atau sekurang-kurang boleh membayar di bank atau mesin deposit.
NetKL mempunyai akaun bank di beberapa bank tempatan untuk menerima bayaran daripada anda,Pay Online,Cash Deposit,ATM Tranfer.
Kita selesaikan dulu mengisi borang pesanan tadi dan tekan button Click to Continue .
DISKAUN: Masukkan perkataan diskaun di dalam bahagian Promotional Code. Kemudian tekan button Validate Code.
Hasilnya, anda diberikan diskaun sebanyak 10% daripada harga Pakej:
Dengan itu, anda hanya perlu membayar sebanyak RM64.00 sahaja untuk item-item yang dibeli:
Domain Name: percuma untuk setahun = RM0.00 (harga asal RM33.00)
Hosting: RM60.00 - RM6.00 = RM54.00 (diskaun 10%)
Add On 2 Kuota Database = RM10.00
JUMLAH PERLU BAYAR = RM64.00 (setiap tahun)
*Jika anda masih kekal dengan pembelian di atas (pakej Hosting Basic + Domain Name + Add On 2 Database) untuk tahun seterusnya, jumlah yang perlu anda bayar adalah sama iaitu RM64.00.
**Kemungkinan jumlah harga bagi setiap item di atas sudah berubah. Anda perlu bayar apa yang dipaparkan di laman web mereka setelah melakukan beberapa langkah yang diterangkan di atas.
Teruskan Langkah 4 berikut…
Langkah 4: Mendaftar Sebagai Pelanggan NetKL.com
Bagi membolehkan satu akaun dibina khas untuk anda sebagai pelanggan mereka, anda perlu mendaftar dahulu. Dengan mendaftar, anda akan diberikan satu ruangan iaitu sistem untuk menguruskan domain dan hosting yang anda beli, dan juga melihat invois pembelian serta memesan produk lain (add on) terus melalui sistem tersebut.
Kita akan bincang di lain masa mengenai sistem tersebut. Buat masa sekarang anda tidak perlu mengetahuinya lagi.
Ikut langkah seterusnya ini:
Pada bahagian sebelum ini, pilih Option I am a new customer and would like to create an account:
Kemudian, klik button Click to Continue >>. Akan dipaparkan borang pendaftaran. Sila isi dengan maklumat yang betul:
Pastikan anda tick (tanda) pada bahagian “I have read and agree to the Terms of Service”.
Kemudian, klik pada button Click to Continue >>.
Anda akan dipaparkan dengan satu invois ringkas iaitu memaparkan jumlah yang perlu anda bayar:
Kemudian klik pada menu link << Back to Client Area untuk ke Client Area atau tutup terus tetingkap laman web itu. Anda boleh melihat Client Area di waktu yang lain.
Proses pesanan domain dan Hosting telah selesai dan anda perlu membuat bayaran mengikut jumlah yang dipaparkan pada invois tadi. Jika anda mengikut langkah di laman web ini, bayaran yang perlu anda buat adalah sebanyak RM64.00.
Secara automatik, sebanyak tiga emel akan dihantar kepada anda:
Emel ini mengandungi Invois pesanan untuk pembelian, maklumat akaun yang telah anda daftarkan untuk Client Area dan juga maklumat cara pembayaran.
Sila rujuk satu persatu emel tersebut.
Langkah 5: Pembayaran Kepada NetKL.com
Sila rujuk emel yang bertajuk “Customer Invoice” yang dihantar oleh NetKL tadi. Ia mengandungi maklumat pesanan anda iaitu jumlah yang perlu anda bayar dan cara membayarnya.
Anda juga boleh merujuk di laman web NetKL untuk melihat cara pembayaran:
http://www.netkl.com/payment.html
Sila buat bayaran dengan menggunakan Bank Transfer sama ada secara Online atau membayar di kaunter bank atau melalui mesin deposit bank. Atau anda juga boleh menggunakan online payment PayPal…
Setelah membuat bayaran ke mana-mana akaun bank pihak NetKL, sila hantarkan satu emel kepada mereka yang bertajuk “bukti pembayaran untuk [nama domain anda]” yang mengandungi beberapa maklumat bukti bayaran. Contohnya seperti berikut:
* Jika anda menggunakan Online banking, sila ‘copy & paste’ transaksi bayaran ke emel bukti pembayaran tersebut.
* Jika anda membayar melalui kaunter bank atau mesin deposit, nyatakan masa dan tarikh pembayaran dilakukan bersama dengan jumlah bayaran.
* Jika anda membayar menggunakan PayPal, anda tidak perlu menghantar emel kepada mereka.
Langkah 6: SELESAI
Tahniah, proses pembelian nama domain dan juga Hosting telah selesai.
Sila tunggu sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam untuk mereka memproses pembelian anda. Biasanya tidak sampai satu jam, akaun anda sudah siap diproses…
Mereka akan menghantar emel kepada anda sebaik sahaja domain name dan Hosting yang anda order telah siap diproses.
Selamat berjaya.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.





















Comments
No comments yet.
Leave a comment